12 February 2017

kau tahu, dalam hati ni kadang kala masih ada sisa saki baki ribut dan awan gelap yang masih belum reda. maka aku akan tiba tiba terperosok dalam bahagian diri yang gelap dan sedih. atas sebab apa pun aku tak pasti.

bila itu terjadi, akan terkenanglah semula janji-janji yang tak pernah dipenuhi. terdengarlah semula nada-nada lagu yang dulu buat teman aku menangis sebelum aku tertidur. kadang-kadang tertawa seketika dengan gelagat-gelagat manis bila bercinta sebelum bersedih semula kerana itu hanya kisah lama.

susah mungkin untuk melupakan. memaafkan mungkin senang. bila kita sudah sepakat hati, jiwa dan akal diserah kepada si dia yang kita fikir lelaki yang terakhir, tetapi kita malah dilukai. bahkan kata maaf hanya dikirim selepas 2 tahun dia hilang.

itupun hanya dengan ungkapan "maaf". ya. 1 perkataan itu sahaja selepas 2 tahun.

20 January 2016

Shift malam. First night. First day mensus. Tiada mood. And craving for my dear waled's warm hug.

20 March 2015

.Last Night.

Dah pukul 5am. Beri ruang untuk kawan-kawan lain untuk meletakkan kepala. Asyik-asyik aku je yang bedengkur. Haha

Nothing much to say. Pagi ni, InsyaAllah akan dijemput waled dan terus ke Gambang Waterpark. Again. Lawatan ke-tiga dah. Dah tak excited. Werkk...

Pagi ini jugak, Insyaallah abah akan sign surat agreement dengan maybank. Tak sabar rasanya nak tunggu kelahiran kura-kura aku.

Tak sabar jugak tunggu kepulangan note 4 aku. Lenovo ni makin lama makin mencabar tahap kesabaran. aish... Ermm...aku rasa paling cepat pun mungkin minggu depan.

So, next week kinda interesting. Mungkin pelangi dah tiba selepas segala macam ribut petir aku lalui 2minggu lepas.

Dan bila lah nak datang wahyu pada aku untuk pergi buat check-up. 3bulan tak period. Upt - plak.

ok. till next review.

19 March 2015

.tempat asing.

Setahun lebih berada di tanah asing. Jauh dari keluarga. Jauh dari saudara. Jauh dari kawan-kawan rapat. Quite amazing jugak la sebab aku masih kuat berdiri. Teruskan hidup.

Even dah kahwin, hidup tak banyak berubah. Still akan stay di bilik sewa,kuantan. Unless ada cuti 2hari after night shift. Itupun depends pukul berapa waled nak jemput. Kadang half day of my cuti dah terbiar sebab waled sibuk.

Have to adapt with situation. Harus belajar menyelesaikan daily living activity sendiri. Such as kalau barang dapur habis even beras pun, pergi beli sendiri walau naik motor. Settle all bill payment myself. Kalau nak balik seremban dan waled tak dapat ikut, merempit la ke stesen bus untuk beli tiket.

Sesetengah perkara tu aku ok je untuk handle sendiri. Tapi sampai masa moody tu, menangis jugak la. Sebab kalau mengadu dengan waled pun, rasa kesian jugak. Dia bukan saje-saje. Dia sibuk bekerja. Itu lah.

Sampai masa aku ada bad time, seriusly aku sebak. Tiada family, kawan-kawan rapat untuk mengadu.

But still, i'm proud of myself. Fara hari ini, sangat kuat. Sangat tabah. Semoga Fara yang hari ini kekal,selamanya.

08 March 2015

Muhammad Abid Haziq


Cucu sulong kepada keluarga Encik Hamid@ayah mertua aku. itulah yang lasak. itulah yang degil. itulah jugak yang chomel. itulah jugak penawar hati.

Gila tak geram tengok muka dia. Kenan mat saleh mana tah adik ipar aku. Kulit putih melepak. Rambut perang. Kurangnya mungkin pada kejendulan dahinya. Anyway, aku rasa jadikan playboy jugak anak buah aku sorang ni.

Abid baru nak masuk 2 tahun. tapi mulut tu petah dah memanggil-manggil orang.well, slightly pelat but quite impressive jugak la untuk budak umur 2 tahun. instead of paklong, dia panggil "long", pak ndak "ndak", pak uda "de", pak chik"chik", abang haikal "kal". ha-ha yang kelakar, bila dia panggil "long", aku dan waled keliru dia tengah panggil siapa sebab both of us dia panggil "long".

Hari ini, something happen. yang buat aku sedar.

Aku dan waled gerak naik triton, as usual untuk jemput achik, haikal dan hanif. alang-alang Abid ada kat rumah and kami tengok dia macam bosan, kami bawak la sekali. So, buas dia memang dah expect la kan. Dia nak duduk seat belakang, ok la. aku duduk and jaga-jaga pergerakan dia dari seat depan. Satu masa tu, aku dan waled ada berbincang something. Dan waled ter"brek" mengejut. Abid pun terjatuh dan dagu terhentak pada arm rest seat belakang. Kuat dia nangis, tapi tak lama. Aku nampak ada darah dalam mulut. mungkin gusi luka sikit. tak banyak pun. nak aku periksa lebih-lebih, memang Abid tambah nangis la kan. So biarkan je. Then Abid kembali buas seperti biasa. Sejam lepas tu, timbul lebam bawah dagu Abid.

Bila nampak lebam tu, muka waled terus berubah. Waled jadi tension bila Abid lebam macam tu. Waled fikir salah dia, Abid sakit. Aku tenang kan dia. Aku kata, biasalah budak-budak. But that dont makes him calm.

Terdetik la dalam hati aku. Anak buah sorang pun aku tak mampu nak jaga. Sampai lebam. Sampai berdarah. Kalau anak aku nanti macam mana la ye? Sebab ini ke Allah tak kurniakan aku zuriat lagi? Sebab aku tak bersedia lagi ke? Realiti ini buat aku sesak dalam hati.

Lalu aku redha. Mungkin ini jawapan buat persoalan dalam doa aku. Yes,you are not ready yet.

04 March 2015

9 months and still countinggg...

Assalamualikum,

Pejam celik- pejam celik dah 9 bulan lebih menjadi isteri Waled. Alhamdulillah, anugerah terindah. masih belum jemu-jemu bermanja-manja. Masih belum puas menatap muka Waled tatkala sedang lena tidur. Belum muak untuk sentiasa berpegangan tangan. =)

Seperti biasa. Mulut sekeliling mula bising bertanya bila mahu bertiga? Benda ni bukan aku yang tentukan. Macam tak sekolah. Bertanyakan kuasa Allah. Depends pada Allah mahu beri anak bila pun. Mungkin, aku belum cukup bersedia. Aku redha. Cuma kadang kala, terguris hati. Selalu aku berfikir ; Aku ke yang bermasalah? Dimana silapnya? Sanggup ke Waled bersabar dengan aku? Sayang lagi ke Waled if aku tak mampu bagi zuriat pada dia? haihh... Lately aku memilih untuk diam dan mengelak. Malas dilayankan soalan-soalan. Menyerabutkan kepala. Aku bernasib baik, mak abah & mak ayah faham situasi kami. Tak pernah mendesak. Malah tolong cover line and lawan balik soalan diorang lagi adalah. ha-ha

Sekarang tengah bekerja. night shift. mata dah kuyu. tapi, risau pulak nak tidur. ye la, sekarang pesakit mana boleh percaya. diambik gambar n rakam misi tidur, post dalam fb, famous pulak aku karang.ha-ha

bila dah kawin ni, rasa macam hilang dah kawan-kawan. ye la,kawan rapat semua duk KL. even, kawan kawin pun kadang kadang tak dapat attend sebab jauh. nak gerak dari kuantan/kemaman ke KL ni rasa berfikir 2,3 kali gak. dengan tol,minyak n makan2 lagi. kesian kawan2 aku. erm..jangan sampai ada yang kecik hati dah la.

Insyaallah, kalau loan kereta aku bulan ni, ringan sikit kalau nak berjalan. tak de lah sikit2 nak mintak tolong Waled. menyusahkan dia je. aku kan dah biasa bebas gerak sendiri. rasa patah kaki bila tak de kenderaan ni. kalau nak balik seremban pun senang, tak payah naik bas. ha-ha ceh,ade hati tu nak balik seremban sorang. padahal abah nak warning awal2,tak payah balik kalau Waled tak ikot.erm...baiklah abah!

04 October 2014

Hantaran pihak perempuan

Sepatutnya sama-sama setuju 7 berbalas 7. Mak waled kata tak nak ikot adat sangat. Tak perlu lah pihak perempuan nak buat 9. Anggap hantaran ni macam hadiah je. Tapi oleh sebab rasa tak sedap hati aku still buat 9 senyap-senyap. Entah macam mana bocor rahsia, mak waled dapat tahu dan tambah lagi hantarn jadi sama-sama 9 berbalas 9. Tu pun aku dapat tahu malam sanding tu. Esok paginya, aku mintak la kawan-kawan tolong belikan coklat bagi buat tambah hantaran. So, finalizes on that sanding day perempuan 11 lelaki 9. Yes!! Aku menang. ha-ha Dah,Jom layan gambar.

Pihak perempuan untuk lelaki ;