29 August 2014

Tonsilitis

Aci tak update kisah tonsil dari update gambar kawen? Bukan apa, aku rasa macam terlalu complicated untuk nak diceritakan. Kisah kawen ni, best cerita dari A to Z. Baru best buat tatapan sampai ke anak cucu. eceh...

Currently, tengah demam. Dah masuk hari ke-3. Recurrent tonsilitis. Dah tahap kene buang tonsil aku ni. Tapi sayang sangat nak buang,bak kata waled. Tengah cari time dan hospital yang best untuk admit. Kat Kuantan ni tak banyak pilihan. If kat KL, Pantai Ampang pilihan aku. Senyap, lapang. Sejuk hati walaupun tengah sakit masa tu kan. Masalahnya, jauh sangat tu. And the problem stuck there. =)

Cuma bila dah kawen ni, seronok sikit. Ada suami nak manja-manja. Kul 2-3 pagi pun laki hadapkan jugak mengelap badan isteri yang panas,bahang. Kalau duk single, nan hado la kan. Ubat pun, laki memang punctual and siap paksa lagi. Alhamdulillah, I'm so blessed.

ok. need to sleep. Doakan yang terbaik untuk aku k. =)

29 April 2014

Mungkin jodoh kami pada waktu yang sama, cuma berbeza tempat dan pasangan. A bit meroyan bila stalk Fb cwaq, dapat tahu yang dia juga akan naik pelamin 1 Jun ni. And all the flash back started again. Gatal sangat menstalk orang, kan dah meroyan sorang.

Syukur, cepat-cepat ingat yang aku sekarang dah bahagia. Dah janji dengan waled, yang aku akan lupakan hal lepas.

Kami ada bergaduh manja lately. Dia selalu tanya aku, bila kami mula kenal? bila kami start declare? ingat tak dulu apa yang aku pernah buat kat dia? Ingat tak KFC Balok, dan kejadian yang terjadi kat situ? Ingat tak first hotel yang dia book kan untuk aku?

Arghh...tension. sebab kebanyakkannya aku tak dapat nak jawab. i'm not sure. mungkin sebab hal ni dah 5 tahun berlalu. atau mungkin masa tu aku masih bergelumang dengan hal-hal tentang dia. dah, cukup la tu.

lagi 32 hari menuju hari bahagia kami. serabut sebab semua nampak kabur lagi. susahnya la kalau parents jauh ni. cepat-cpeat la majlis ni selesai. boleh rileks berhoneymoon dengan waled. ehem..gedik.

19 March 2014

72 days to go

hari ni shift malam. incharged again. anak buah semua dah ke laut. aku terkebil-kebil jaga kaunter. begitulah nasib orang tak pandai nak marah kat anak buah macam aku.

just came actually dari seremban pukul 4 petang tadi. kabut yang ada antara mak,abah dan aku semenjak seminggu lepas,slow-slow hilang. abah tu aku kena usaha lebih sikit. ego! macam aku lah. ha-ha next time kena tapis,apa yang perlu dan tak perlu share dengan parents. bukan menipu, tapi nak jaga hati dan perasaan diorang.

banyak benda dalam checklist aku hari tu kene tukar. nanti la, nak kene update balik sebagai reference aku.

memang terasa duit keluar macam air.perghh..kalau gini,budget 20k aku mesti tak cukup. erm..Ya Allah permudahkanlah...

02 March 2014

90days to go.

hilang dah idea untuk menulis lately. agak menyedihkan macam2 kenangan/events susah senang aku berlalu macam tu je. at least if aku catatkan dalam ni, lepas 10,20 tahun aku akan gelak sendiri je bila baca balik kan. ha-ha

kerja macam biasa. if dulu alasan aku lari dari pantai kononnya sibuk sangat. ramai pesakit. kerja tak setanding gaji. bila dekat sini, situasi lebih kurang sama. stress tetap ada. kekangan kewangan tetap ada. disebabkan aku ada pengalaman setahun setengah bekerja di wad medical pantai, aku selalu jadi Incharged/Team leader. rasa nak muntah rasanya mengadap report hari-hari. kalau kat pantai dulu, siapa yang follow doktor akan tulis report and carry out plan. tapi kat sini, aku kene check satu2 fail balik. sebab ramai sini SN freshie. kurang pengalaman. takut tetinggal urgent order. haih..sama je la pantai dengan sini. baru-baru ni pulak terdengar cerita management nak buat shift 7pagi-7malam 7malam-7pagi. lagi haru biru wad nanti.

another 90days to go. majlis perkahwinan aku. rasa macam tak percaya pun ada. rasanya baru semalam habis SPM. baru je convo. pejam celik, bulan 6 ni nak bernikah? haih..pengsan kejap. persiapan almost pending semua. sebab check hantaran tak clear lagi. terpaksa pending la selagi duit takde kat tangan. hal kenduri kendara mak abah settle kan. bab bridal,hantaran semua pending sebab aku memang dah pokai. berhabis betul masa tunang hari tu. so,nganga je la kan. ha-ha tu lah, orang suruh kerja betul2,kumpul duit xnak. gatal nak kawen kan?ha-ha Alhamdulillah, aku bakal ada ibu dan bapa mertua yang paling sporting dalam dunia. siap kata, "tak pe farah, kalau check tak clear, acik bagi 10ribu cash kat tangan fara minggu depan,". rasa nak meloncat je. kahkahkah

jiwa dalam process elimation kenangan-kenangan lama. so banyak la adegan-adegan emo dan menangis2 lately. sabar ye farah. perlahan-lahan...kadang-kadang aku takde confident yang lepas ni aku tak ingat lagi benda yang dah lepas.mampu ke hilang semua sekelip mata?berdosa rasanya dengan waled.

maafkan umi sayang....

16 February 2014

it was a mess.

lama aku biarkan blog ni bersawang. bukan tiada idea, tapi kudrat nak menaip itu tiada. kudrat lagi terliur tengok movie atau bergomol dengan Totoi. Totoi? siapa tu? bantal peluk baru aku, waled belikan bila tengok aku minat sangat. =)


baru-baru ni, bilik aku dipecah orang. pencuri lalu pintu belakang. solex pun hilang sekali masa tu. oleh kerana bilik aku yang paling dekat dengan pintu belakang, bilik aku mangsa pertama dipecah. tombol dicabut, bilik disepahkan. baju-baju dicampak merata. paling aku sedih, 2 bentuk cincin mak dan cincin risik dicuri sekali. mula-mula rasa tak percaya bila dengar berita tu. sebab masa tu aku otw balik ke seremban. bekas cincin ada dalam handbag, dalam almari. terlupa terus nak bawak masa tu sebab rushing nak kejar tiket bus. aku tenangkan hati sendiri selagi tak tengok dengan mata sendiri aku tak nak pikir bukan2, mungkin pencuri tu tak sempat ambik kot. ye la, laptop aku pun dia tak sempat nak ambik sebab dah kene sergah dengan tuan rumah yang kebetulan balik. 

bila jejak je dalam bilik, terus terperanjat. bilik macam tongkang pecah. dan yes.cincin tu dah hilang. rasa macam hilang nyawa masa tu. otak blank terus. sebak hati. 3minggu je jodoh aku dengan cincin risik aku tu.

the part kene berterus terang dengan mak dan family waled yang paling susah. waled, mak dan mak mertua aku terkilan sangat. aku? lagi sedih kot. lepas ni diorang tak nak percaya aku dah kot. huaaaaaa....


ni la cincin risik aku. huaaa... kenangan first pick. tak sangka waled ingat lagi pilihan aku. =(



nasib baik cincin tunang ada kat jari. kalau tak, meroyan la aku. 

29 January 2014

wedding checklist

My Wedding Preparation List (Ihsan dari google ^-^)

EVENT DETAILS
1. Date/Time:
    Nikah : 31 May 2014
    Resepsi : 1 June 2014
    Bertandang : 7 June 2014

2. Venue :
    Nikah : Surau Al Azim,Taman Senangin,Seremban
    Resepsi : Rumah saya,Seremban Jaya.
    Bertandang : Rumah Waled, Binjai Kemaman. 

3. Color Theme & Concept :
    Nikah : white
    Resepsi : dusty pink
    Bertandang : pending

4. Guest Count :
    Nikah : Family members around 100 (+-) pax
    Resepsi : 800 pax
    Bertandang : 800 pax

7 - 6 BULAN SEBELUM ( Nov - Dec 2013)
1. Tentukan lokasi majlis dan tempah jika perlu : Done!
    Umi    : Rumah Seremban Jaya
    Waled : Rumah Binjai,Kemaman

2. Tempah make-up artist/ juruandam
     Nikah         : Siha Makeover
     Resepsi      : Siha Makeover
     Bertandang :  pending

3. Mencari rumah baru, sama ada sewa atau beli : Sewa. Tunggu aku tetap tempat kerja baru
    decide nak beli rumah area mana.

4. Daftar kursus pra perkahwinan : pending. 

5. Tentukan tema warna / konsep majlis : Pelamin, bilik tidur, scallop khemah-white, pink

6. Wedding outfit
    Nikah :Baju Kurung Biasa. sewa dari bridal
    Resepsi : Dress Dusty pink
    Bertandang : Pending

7. Semak jumlah wang hantaran: separuh bayaran masa tunang hari tu. malu nak mintak lagi separuh. ha-ha

5 - 4 BULAN SEBELUM (Jan - Feb 2014)
1. Menghadiri kursus pra perkahwinan di tempat dan tarikh yang ditetapkan : pending

2. Menempah Photographer : pending
    Nikah + Resepsi (+outdoor) :   
    Bertandang : 

3. Menempah Videographer : 
    Nikah         : Belas Ihsan Kak Cindy kot. ^-^ 
    Bertandang : Tunang saya tak mau.

4. Membeli rantai tangan untuk upacara membatalkan air sembahyang : pending

5. Tempah Caterer & pilih menu :
     Nikah          : Gotong Royong surau
     Resepsi       : Gotong royong surau
     Bertandang : pending

6. Sediakan list tetamu jemputan

7. Tempah pelamin dan deko rumah/dewan :
     Nikah (bantal nikah) : Siha makeover
     Resepsi :siha makeover
     Bertandang : pending

8. Tempah Khemah : pending. kene confirm balik dengan mak.

9. Tempah DJ 
     Resepsi      : pending. mak tak mau karaoke. kene confirmkan balik
     Bertandang : pending.

10. Pilih lagu untuk resepsi & bertandang :

11. Tempah hadrah / kompang 
      Resepsi      : pending. audio atau real kompang? ^-^ 
      Bertandang : pending

12. Tempah Silat : tak perlu!

13. Honeymoon :
      Date             : 16 - 20 June 2014
      Location        : pending. confius! ^-^
      Tickets          : pending
      Accomodation : pending

14. Baju Family :
      Nikah : Suka hati la nak pakai warna apa pun
      Resepsi : pink
      Bertandang : pending 

15. Baju bridesmaid / bestman :
      Resepsi : cream
      Bertandang : pending

16. Beli bunga pahar

17. Beli bunga manggar

18. Tempah kek kahwin

19. Beli / Tempah doorgift :
      VIP doorgift : kek kotak + bunga telur + ?
      Adults : kek kotak
      Kids : Lollipop  

20. Sediakan aturcara majlis

21. Sediakan pembahagian tugas

22. Tempah Tok Kadi untuk majlis pernikahan - pengantin perempuan 

23. Facial and body treatment

3 BULAN SEBELUM (March 2014) 
1. Memilih dan mencetak kad jemputan kahwin - pending

2. Tempah banner / bunting - pending

3. Tempah signage - pending

4. Tempah button badge untuk family - pending

5. Mengesahkan tempahan didewan (kerusi,meja,menu dll) - Pihak lelaki

6. HIV Test - pending

7. Sediakan dan hantar legal documents - pending
    Sijil pra-perkahwinan 
    HIV Test
    Borang kebenaran nikah

Bagi pengantin lelaki
1. Maklumkan kepada saudara mara tentang hari pernikahan anda.

2. Mengenalpasti beberapa orang saudara mara yang akan menyertai rombongan.

Bagi pengantin perempuan
1. Kenalpasti dua orang saksi untuk majlis pernikahan anda : abah dah tanyakan.

2. Bagi wanita kematian bapa, sila pastikan wali anda 

3. Buat i/c baru

4. Beli langsir baru : tak perlu kot. tapi ada ura2 macam gatal2 perlu plak!

2 - 1 BULAN SEBELUM ( April - May 2014)
1. Membeli barang-barang hantaran
 i. Hari akad nikah
       Mas Kahwin : RMxxxx.xx
       Rantai Tangan
       Cincin Kahwin Ben

 ii. Hari Resepsi/sanding
    umi to waled (putih+pink)
      1. Jam 
      2. Kemeja
      3. kasut
      4. Perfume
      5. tuala
      6. set pencuci muka
      7. hp

  waled to umi
      1. Jam 
      2. hp
      3. Handbag 
      4. Kasut
      5. telekung

2. Tentukan pengapit anda : insyaalah, Baku.

3. Hantarkan kad jemputan 

4. Merujuk kepada Jabatan Agama Islam/Pejabat Agama Islam daerah untuk proses mendaftarkan pernikahan.


3 MINGGU SEBELUM (10 May 2014) 
1. Pastikan pakaian pengantin anda telah siap dan ambil jika berpuas hati.

2. Pastikan ada seseorang yang akan menjaga barang-barang anda ketika majlis berlansung.

3. Sediakan guestbook corner.

4. Pastikan gaya tudung yang akan dikenakan pada majlis perkahwinan nanti.

5. Invite melalui facebook.

2 MINGGU SEBELUM (17 May 2014)
1. Normal facial

2. Dental treatment : pending

3-1 HARI SEBELUM (28, 29 & 30 May 2014)
1. Pasang pelamin

2. Pasang khemah

3. Membuat deko hantaran & bunga tangan : kene gubah sendiri weyh!

4. Sediakan seterika, cermin, jarum dan benang bg memudahkan jika berlaku kecemasan.

5. Jika perlua ingatkan tetamu tentang majlis anda melalui telefon dan facebook.

6. Hubungi Photographer, Videographer, hadrah, DJ, Catering dll.

7. Packing barang-barang yg perlu dibawa ke majlis.

8. Mandi air panas bersama aromaterapi untuk kesegaran badan.

9. Tidur awal.

10. Pakai Henna :pending  (30 May)

11. Kenalpasti siapa yang akan ditugaskan menyambut rombongan pihak pengantin.

PADA HARI PERKAHWINAN ( 31 May, 1 & 14 June 2014)
1. Ambil sarapan seawal 7 pagi, bagi mengelakkan anda lapar, mengantuk dan tidak bermaya.

2. Bertenang dan sentiasa tersenyum.

3. Pastikan anda telah bersiap satu setengah jam sebelum pengantin lelaki tiba.

3 HARI SELEPAS PERKAHWINAN
1. Melawat keluarga dan sanak saudara.


Itulah serba sedikit kerangka dalam kepala sekarang ni. most part yang pending pada bahagian belah waled. mak dan adik perempuan dia yang akan handle, tapi diorang tak decide lagi. sabau jelah. part kursus kahwin tu yang paling rasa nak bagi cubitan 360 degree kat waled. ish... sibuk nau dengan kerja. 

as u can see, i'll wearing pink on my reseption. nangis seribu tahun dalam hati. ok.bye

14 January 2014

Officially Enggaged

for almost erm....err....2 weeks. *kenapa tak cukupkan setahun baru tulis dalam diari blog ni fara?*




nantilah cerita. *mood terkejut tengok muka macam opera cina tak habis lagi.. sigh*


24 December 2013

and the nightmare begun.

counting days. 5 days to go.

malam tadi bermimpi ngeri lagi. adoiyai...

mimpi waled sesat smpai ke KL.
mimpi baju tak siap jahit walaupun realitinya baju aku sewa je. ha-ha
mimpi sampai lewat malam pun waled tak sampai lagi.
mimpi kesian kat abah sebab makanan tak habis.
mimpi tunang pakai jubah mak je.

aargghhh...tidakkk!!!!!!!!!