di sambut dengan senyuman dan ciuman alu-aluan =) so sweett...nothing much pun. jalanjalan carikan dia boxer. cis, tak malu sungguh beliau suruh saya pilihkan boxer depan penjual tu. segan kowt. lepas itu, isi perut dengan Nasi Beriani Restoran Alif. restoran kenangan berjumpa bakal mak mentua. hahaha giler gediks.
malam tu memanggung movie SANCTUM. the best k! lepas itu melantak lagi. makan seafood. nyumnyum... then ke Teluk Cempedak. erm...tengahtengah malam tu dia buat gua panas jer. hambek kau. terus gua ajak dia balik. tak de mood nak bercanda ria terus. dia pujukpujuk pun gua tak layan. jual mahal. dia buat muka seposen je. drive aku balik hotel pun tak cakap ape. takut la tu kene sembur. lastlast, cair gak hati. mana tak nyer, risau pulak nak lepaskan dia yang tengah emo tu balik tengahtengah malam. nanti apaapa jadi, aku gak yang syahdu.
next day, bersarapan family breakfast box McD. nyumnyum... makan di Pantai Balok. then siapsiap untuk ke Pantai Kemasik di Kemaman. weyh...pantai sangat DARA lagi ok. pergh...aku pencinta Pantai Kemasik weyh!! ombak besar. bau pantai melekat sampai sekarang. pengalaman panjat batu besar tu dengan waled. erm..rindu. sangatsangat!
kul 2.45 petang gerak dari Kemasik ke Kemaman. jemput adikadik beliau pulang dari sekolah. aduh, chumelchumel je mereka. macam muka abangnye. =) cepatcepat hantar mereka pulang sebelum mak mentua ajak singgah umah. masak aku nanti!!! ingatkan sempai sampai ke kuantan semula pukul 4.30. tapi terlepas bas. lewat 10minit.
gila cuak aku. semua tiket ke shah alam dah sold out. terpaksa beli tiket ke KL. turun kat pekeliling. FYI aku tak pernah sampai ke pekeliling tu k. dalam pukul 10.10malam sampai pekeliling. aku main redah je naik monorail then LRT. and sempat beli tiket KTM ke shah alam terakhir pada pukul 11malam. dah macam explore race dah. bekejar-kejaran dengan bawak beg baju tengahtengah malam buta. hahaha
anyway. aku enjoy sangatsangat. ini pembekal semangat untuk MID SEM khamis ni. thanks to Yan sebab sudi jadi anak aku dan waled untuk 2 hari =) thanks to waled untuk semua expenses.
counting days to meet u again, sayangs.
the photogediks:

1 comment:
sweet nyeeeeeeeeeeee !
cantik gila pantai tuh weh.
Post a Comment