30 April 2011

another love


selalu sangat kau tepuk aku dari belakang. bila aku toleh kau hilang.
kau menyorok di tempat yang kau tahu aku tak pernah tahu.
di tempat yang aku tak pernah terfikir.
kalau aku tahu pun, pasti aku tak dapat sampai.

then, kau tersenyum.
gembira melihat aku dalam lagak bodoh sendiri.
sebab kau tahu.
dalam hati aku masih ada kamu.
jadi sengaja nak menguji tahap kesabaran aku kan?

jangan risau. tepuklah sebanyak mana kau mahu.
aku pasti tetap menoleh dan mencari.
gelak la sebayak mana kau mahu.
aku tak kisah.

anyway,
terima kasih, cwaq.

No comments: