19 June 2011

fed-up

fb aku buat hal la. tak boleh nak bukak. asyik loading tak sudah. pagepage lain ok je aku tengok. so, blogspot ni je la teman aku beborak. ha-ha

al kisah seorang lelaki yang amat disayangi oleh si perempuan. di tatang bagai minyak yang penuh. dijaga setiap waktu makannya, waktu bangunnya dan waktu tidurnya. dengan harapan si lelaki tau la yang si perempuan layak di jadikan isterinya suatu hari kelak *tetibe ha-ha*

demi citacita pelamin indah bersama, si perempuan ingin memastikan si lelaki berada di kedudukan yang stabil dari segi kewangan. *kalau tak, akan direject oleh mak si perempuan.*

jadi si perempuan tolonglah si lelaki dengan mencari kerjakerja yang lebih menjamin di sektor kerajaan dan half kerajaan. alhamdulillah, si lelaki telah terpilih untuk ditemuduga di TnB. tetapi, si lelaki tidak pergi kerana katanya, ayahandanya mahu si lelaki sambung belajar.

sekali lagi si perempuan bantu si lelaki memohon UPU,POLI dan kolej swasta. sampai ke lewat malam si perempuan menyervey(survey) kolej di internet. UPU dan POLI si lelaki gagal. tetapi si lelaki berjaya menerima offer dari IKIP dan MSU, kolej yang agak bagus berkaitan dengan course yang si lelaki nak.

si perempuan begitu teruja untuk mendengar pilihan si lelaki kerna tarikh pendaftaran makin dekat. lastlast, si lelaki kata mahu menunggu keputusan dari Universiti Petronas pula.

si perempuan amat hilang sabar. lalu explode! semua sumpah seranah mencurahcurah di tanah gandum. *tetibe lagi*. seolaholah semua susah payah si perempuan tak dihargai. si lelaki pun satu, tak reti ke nak buat keputusan sendiri. semua nak tanya family. salah si perempuan jugak baik sangat nak g tolong tu pe kes kan?

jadi. begitulah ceritanya. the end.

No comments: