20 August 2011

aku pandang cermin.
dan lihat pantulan wajah yang sedang merenung aku semula.
wajahnya seiras aku sungguh.

tibatiba wajah di cermin tu mula bercakapcakap dengan aku.
dia tanya adakah aku pasti bahawa orang yang aku ratapi selama 2 tahun ni, pernah memikirkan aku walau sekali?
adakah aku pasti orang yang aku ratapi selama 2 tahun ni, pernah berada di situasi aku sekarang ini? pernahkah orang tu meratap? menangis dalam gelap? pernahkah?pasti?

then, dia suruh aku sapu air mata. buka lampu yang selama ini kelam. berdoa pada Tuhan dan pandang ke atas.
dia kata, it's time to move on CSR.

dia tu iras aku.
iras aku sungguh.
dia seiras aku 2 tahun lepas.
sebelum aku kenal orang tu.

No comments: