04 September 2012

feel like on top of the world with love

dia tak serikserik. ada je benda nak disogok. berapa kali aku dah cakap. aku hanya mahu berkawan. tak mahu ada komitmen. dan dia tetap degil, mahu menunggu. entah sampai bila. ah, mungkin seminggu dua je. sebelum terus hilang tanpa khabar. macam tak biasa cik fara  oi!

pihak aku pula, mahu memberi peluang pada hati memilih. jodoh mati rahsia Allah. kita tak tahu. mati-mati aku menolak dia dan pertahankan waled, tapi dah ditulis dia jodoh aku, nak lari mana ye tak? aku nak quote sikit kata mak aku, "belum jadi laki, jangan nak setia sangat kak!" ha-ha sekepala dengan mak. =)

setakat ni, selesa bersama. selesa dilayan bagai seorang permpuan. rasa dihormati. dia setia mendengar, melayan aku. mungkin hormon serotonin dia belum stabil lagi. serotonin tu lah yang membuat kita rasa angau masa bercinta. ha-ha ok. maaf over! 

dia tak handsome. seriusly. first time, aku memang tak boleh nak terima. then, bila terbiasa bercakap tak pandang muka dia, rasa seronok. dia pandai berbual. pandai bercakap. suara dia. suara ala-ala pakar motivasi. kadangkadang aku rasa dia ni kebudak-budakan. tak matang. maybe kurang ajar sikit, tapi macam kurang berpelajaran. ops. tapi aku tak ambil port. aku dengar dan dengar. bila sampai masa aku, dia pulak dengar dan diam seribu bahasa. faham? maksudnya dengar tanpa nak mencelah. aku suka.

dia sangat gilakan kereta. kereta dia tu, erm..biasa je. tapi habis dimodified. aku pun pelik. kunci kereta dah tanggal, tapi bunyi enjin tak mati-mati lagi. ha-ha macam mana tu? budak-budak kereta je tau kot,orang noob macam aku ni jakun jugak la. satu malam tu, dia ajar aku macam mana nak check temperature kereta. paras air kereta, dan macam-macam lah. its good ada someone kat KL ni yang boleh aku depends bila kereta aku rosak kan? =)

dia merokok. tapi bila aku kata tak boleh, dia akan letak balik rokok tu. well, aku bukan tak suka perokok, tapi ada masa-masanya. 

aku bahagia macam ni. tapi aku tak sedap hati bila dia kata nak tunggu aku. aku tak suka orang berharap dengan aku. aku serba salah. erm..setakat ni boleh ditahan-tahan lagi. biarlah..macam biasa. kita tengok siapa akan berpaling dulu.

; anyway, dah lama tak dapat bunga. yang sedihnya, mekarnya tak lama. 

No comments: