tetapi aku mempunyai terlalu banyak kerja tidak sepadan dengan umur aku.
waktu kanak-kanak lain masih tidur,
aku sudah berjaga untuk dihantar ke rumah makwe.
kemudian aku kena pergi mengaji. seorang diri. sebab aku tak punya teman sebaya. terpulau.
selepas bersarapan, tugasan harian bermula.
kain lap. penyapu lidi. bersihkan seluruh rumah, sendiri.
juz imagine, berapa lama masa diperlukan.
badan aku bintat-bintat digigit kerengga.
telapak tanggan aku mengelupas sebab memegang penyapu lidi terlalu lama.
and maybe, itulah juga awalan penyakit resdung aku.
aku mandikan anak-anak buah aku.
pakaikan baju, buatkan susu, buaikan mereka.
kemas setiap bilik yang ada.
aih..jenuh.
kadangkadang makwe akan beli seguni ikan bilis untuk dikupas.
and she wants the work done before noon.
is it possible for 7 years old girl?
aku selalu pergi sekolah lambat.
sebab makwe tak kasi aku pergi selagi ikan bilis tak habis dikupas.
selagi kain tak siap lipat.
sekolah bermula pukul 1.05ptg. tapi aku sampai 1.30ptg. ada satu hari dekat pukul 2 baru aku masuk kelas.
sepupu aku selalu tinggalkan aku.
dia kata dia akan tunggu aku kat tepi jalan, and pergi sekolah sama2.
tapi, dia tipu. dia jahat!
sekolah, jangan cakap la.
aku tak da kawan.
tersisih.
aku comot.
aku pelik.
ada satu cikgu je yang kisahkan pasal aku.
dia selalu tanyakan kenapa aku datang lambat, dan aku tak pernah jawab soalan dia.
aku diam. tak nak jawab.
waktu rehat, aku beli roti.
makan dekat pondok pengawal depan pintu gate. tak tau la kenapa.
itulah tempat rahsia aku.
and almost everyday aku menangis, kenapa hidup aku tak macam orang lain.
erm...aku hanya ingat kenangan tentang abah.
abah yang hantar dan jemput aku dari rumah makwe.
abah hadiahkan tudung merah untuk aku pergi ngaji.
abah sediakan bakul susu and air panas untuk adikadik aku yang masih kecik.
abah yang hantar aku g klinik bila guli termasuk dalam hidung aku.
semua abah.
i didnt remember anything about mak.
nothing.
No comments:
Post a Comment