12 February 2017

kau tahu, dalam hati ni kadang kala masih ada sisa saki baki ribut dan awan gelap yang masih belum reda. maka aku akan tiba tiba terperosok dalam bahagian diri yang gelap dan sedih. atas sebab apa pun aku tak pasti.

bila itu terjadi, akan terkenanglah semula janji-janji yang tak pernah dipenuhi. terdengarlah semula nada-nada lagu yang dulu buat teman aku menangis sebelum aku tertidur. kadang-kadang tertawa seketika dengan gelagat-gelagat manis bila bercinta sebelum bersedih semula kerana itu hanya kisah lama.

susah mungkin untuk melupakan. memaafkan mungkin senang. bila kita sudah sepakat hati, jiwa dan akal diserah kepada si dia yang kita fikir lelaki yang terakhir, tetapi kita malah dilukai. bahkan kata maaf hanya dikirim selepas 2 tahun dia hilang.

itupun hanya dengan ungkapan "maaf". ya. 1 perkataan itu sahaja selepas 2 tahun.

No comments: