30 August 2009

::..tersiksa..::

dari hari pertama aku sampai seremban,aku bersin nonstop.bersin,selsema,gatal tekak,gatal mata.ya allah seksanya!!

penat duh asyik bersin siang malam.bila bersin tu rasa macam nak keluar sume organ2 dalaman aku..huhu

nak tau aku ada penyakit ape..? R_E_S_D_U_N_G


APA ITU RESDUNG?
Dari pandangan kaedah rawatan tradisional, resdung adalah penyakit alahan pada habuk dan makanan laut yang sering mengakibatkan gatal-gatal pada hidung dan muka.

Dipercayai bahawa resdung adalah penyakit yang boleh diturunkan dari ibubapa ke anak, walau pun tiada kajian saintifik yang diketahui menyokong pendapat ini.
Sehingga kini tiada perubatan moden yang mampu menangani resdung dengan berkesan. Tetapi ini tidak sekali-kali bermakna resdung tidak dapat diubati


APAKAH TANDA-TANDA RESDUNG?
Terdapat beberapa tanda-tanda yang mungkin disebabkan penyakit resdung:
1. Gatal-gatal pada tempat-tempat sensitif resdung (hidung, dahi, kulit muka, bahagian dalam tekak) setiap kali makan makanan laut (udang, sotong, kerang) dan makanan yang diletakkan penambah perisa (MSG).
2. Gatal-gatal dan bersin di tempat yang berhabuk.
3. Gatal-gatal dan bersin pada cuaca sejuk terutama diwaktu pagi.
4. Hidung keluar lelehan tidak berhenti.
5. Jeragat dan jerawat pada kawasan muka terutamanya hidung


APAKAH KESAN RESDUNG?
Petanda-tanda resdung akan bertambah teruk dari semasa ke semasa sekiranya tidak dirawat hingga ke tahap berikut:
1. Kerengsaan dan pedih di kawasan muka, hidung dan dalam tekak
2. Sakit kepala yang teruk terutama selepas makan makanan laut.
3. Gatal-gatal yang teruk dikawasan sensitif redung.
4. Terdapat banyak kisah bagaimana resdung membawa maut. RAWATANRESDUNG.COM tidak dapat mengesahkan kisah sebegini tetapi memang terdapat kes ekstrem yang membawa kepada sakit kepala yang kronik.
5. Terdapat juga pesakit yang resdungnya terlalu kronik hingga perawat resdungnya turut terasa gatal hanya dengan berada berdekatannya! Nasihat kami cubalah berubat sebelum keadaan anda menjadi lebih kronik.


APAKAH CARA MENGATASI RESDUNG?
Terdapat beberapa petua yang kami disyorkan:
1. Memasukkan hidung dengan air (sunnah Nabi SAW) terutamanya diwaktu pagi.
2. Kurangkan makanan laut, makanan ringan dan makanan kedai yang ditambah MSG.
3. Bersenam untuk membina daya ketahanan badan.
4. Melakukan rawatan Rokok Resdung Fakih sekurang-kurangnya dua minggu sekali sehingga hilang tanda-tanda resdung.


~resdung..syuhhhh..pergilah jauhjauh.aku xlarat dah nie..rasa nak terbang nyawa.

~aku sakit2 pun mak still suruh aku sapu umah,erm...xcian kt aku betol..



~muke sakit~

1 comment:

Mahmood Syed Faheem said...

Salam! Greetings to you on the occasion of Independence Day 31-8-2009.
Http://unitedoneworld.blogspot.com