16 February 2014

it was a mess.

lama aku biarkan blog ni bersawang. bukan tiada idea, tapi kudrat nak menaip itu tiada. kudrat lagi terliur tengok movie atau bergomol dengan Totoi. Totoi? siapa tu? bantal peluk baru aku, waled belikan bila tengok aku minat sangat. =)


baru-baru ni, bilik aku dipecah orang. pencuri lalu pintu belakang. solex pun hilang sekali masa tu. oleh kerana bilik aku yang paling dekat dengan pintu belakang, bilik aku mangsa pertama dipecah. tombol dicabut, bilik disepahkan. baju-baju dicampak merata. paling aku sedih, 2 bentuk cincin mak dan cincin risik dicuri sekali. mula-mula rasa tak percaya bila dengar berita tu. sebab masa tu aku otw balik ke seremban. bekas cincin ada dalam handbag, dalam almari. terlupa terus nak bawak masa tu sebab rushing nak kejar tiket bus. aku tenangkan hati sendiri selagi tak tengok dengan mata sendiri aku tak nak pikir bukan2, mungkin pencuri tu tak sempat ambik kot. ye la, laptop aku pun dia tak sempat nak ambik sebab dah kene sergah dengan tuan rumah yang kebetulan balik. 

bila jejak je dalam bilik, terus terperanjat. bilik macam tongkang pecah. dan yes.cincin tu dah hilang. rasa macam hilang nyawa masa tu. otak blank terus. sebak hati. 3minggu je jodoh aku dengan cincin risik aku tu.

the part kene berterus terang dengan mak dan family waled yang paling susah. waled, mak dan mak mertua aku terkilan sangat. aku? lagi sedih kot. lepas ni diorang tak nak percaya aku dah kot. huaaaaaa....


ni la cincin risik aku. huaaa... kenangan first pick. tak sangka waled ingat lagi pilihan aku. =(



nasib baik cincin tunang ada kat jari. kalau tak, meroyan la aku. 

No comments: