04 March 2015

9 months and still countinggg...

Assalamualikum,

Pejam celik- pejam celik dah 9 bulan lebih menjadi isteri Waled. Alhamdulillah, anugerah terindah. masih belum jemu-jemu bermanja-manja. Masih belum puas menatap muka Waled tatkala sedang lena tidur. Belum muak untuk sentiasa berpegangan tangan. =)

Seperti biasa. Mulut sekeliling mula bising bertanya bila mahu bertiga? Benda ni bukan aku yang tentukan. Macam tak sekolah. Bertanyakan kuasa Allah. Depends pada Allah mahu beri anak bila pun. Mungkin, aku belum cukup bersedia. Aku redha. Cuma kadang kala, terguris hati. Selalu aku berfikir ; Aku ke yang bermasalah? Dimana silapnya? Sanggup ke Waled bersabar dengan aku? Sayang lagi ke Waled if aku tak mampu bagi zuriat pada dia? haihh... Lately aku memilih untuk diam dan mengelak. Malas dilayankan soalan-soalan. Menyerabutkan kepala. Aku bernasib baik, mak abah & mak ayah faham situasi kami. Tak pernah mendesak. Malah tolong cover line and lawan balik soalan diorang lagi adalah. ha-ha

Sekarang tengah bekerja. night shift. mata dah kuyu. tapi, risau pulak nak tidur. ye la, sekarang pesakit mana boleh percaya. diambik gambar n rakam misi tidur, post dalam fb, famous pulak aku karang.ha-ha

bila dah kawin ni, rasa macam hilang dah kawan-kawan. ye la,kawan rapat semua duk KL. even, kawan kawin pun kadang kadang tak dapat attend sebab jauh. nak gerak dari kuantan/kemaman ke KL ni rasa berfikir 2,3 kali gak. dengan tol,minyak n makan2 lagi. kesian kawan2 aku. erm..jangan sampai ada yang kecik hati dah la.

Insyaallah, kalau loan kereta aku bulan ni, ringan sikit kalau nak berjalan. tak de lah sikit2 nak mintak tolong Waled. menyusahkan dia je. aku kan dah biasa bebas gerak sendiri. rasa patah kaki bila tak de kenderaan ni. kalau nak balik seremban pun senang, tak payah naik bas. ha-ha ceh,ade hati tu nak balik seremban sorang. padahal abah nak warning awal2,tak payah balik kalau Waled tak ikot.erm...baiklah abah!

No comments: