04 September 2013

*checklist tunang*

Alhamdulillah, at last kami dapat jugak 1 tarikh selepas beberapa sesi merajuk terajuk. Terajuk2 tu aku la kan. Sabar je la waled oi...kahkah 

Fikir 2,3 kali jugak la pasal nak post entry yang akan jatuhkan ego "jantan" aku selama ni kan. Apa barang blog emo2 tetibe ada post checklist tunang bagaikan. Tapi lagi jatuh ego aku kalau nanti hari itu nanti semua tak menjadi. Ye dak?

Bukan niat nak menunjuk, hanya sebagai rujukan aku jugak. Nak menulis dalam buku, memang tak la. Last2, dengan buku2 tu sekali aku lupa aku letak mana.

Secara ringkasnya lah fara . (sesi bercakap dengan diri sendiri bermula.) Hal-hal ni la paling penting:

Event Details 
Date : End of December. Insyaallah.
Venue : Rumah Encik Roslan sekeluarga, Taman Seremban Jaya,Senawang.
Time : 2.00 - 4.00 p.m
Guest list : Family, saudara-mara, jiran2, kawan-kawan mak dan abah. Dalam 150-200org kot.

Colour Theme : 
1) Baju Tunang : Pending. Berkenan macam orang lain, warna lembut2 macam pink, white,cream.                          Tapi aku teramat lah akan nampak lebih gemuk dari biasa kalau guna warna tu.                          So,maybe ambik warna yang agak gelap sikit. Still searching. Alorh,beli dah siap                          je. Aku nak yang simple je,dan xleceh nak cari kain bagai.
2) Pelamin : putih + merah hati
3) Family & frens : Ikot Suke. haha

1. Cincin Risik - Rahsia kata waled.

2. Cincin Tunang - Rahsia jugak.  

3. Barang Hantaran Untuk Pihak Lelaki (mintak tolong Makteh ) -Pending
   
a) Sirih Junjung -  
b) Kek - Teringin pulak nak yang fondant2 bagai tu. tapi mahal nak mampuih. =(
c) Coklat - ferrero roche atau kisses tu. tgk ler cmne nt. 
d ) Buah - cmne nak bagi kilat ek?pelik aku pikir.
e) Baju kemeja/Kain sampin
f) Cupcake/gula
g) Biskut Famous Amous .  

4. Mini Pelamin & decorations - MHU gallery (simple je)

5. MUA - MHU gallery(xnak make up boleh?)

6. Baju tunang - As i told. PENDING!!!!

7.Catering - Jawatankuasa Surau Taman Senangin

8.Goodies. - Tengok budget lu. Macam tak payah je.


that's all for today. migraine dah ni.

No comments: